• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Misha Omar Tampil di Papan Iklan Times Square, New York
30 September 2025 | 10:58 AM

Misha Omar Tampil di Papan Iklan Times Square, New York

KUALA LUMPUR, 30 Sept – Penyanyi tersohor tanah air, Misha Omar mencipta sejarah peribadi apabila wajahnya terpampang di papan iklan gergasi Times Square, New York menerusi kempen global #SpotifyEQUAL.

Misha, atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar, 43, berkongsi detik bermakna itu di Instagram sambil meluahkan rasa syukur dan bangga atas pengiktirafan berprestij tersebut.

“Melihat wajah Kak Mitch terpampang di Times Square adalah pengalaman yang tidak mungkin dilupakan. Ini bukan sekadar kejayaan saya, tetapi kejayaan kita bersama. Terima kasih kepada Spotify kerana mengangkat suara wanita melalui kempen ini,” tulisnya.

Penyanyi yang kini popular dengan lagu Break itu menegaskan, setiap wanita membawa kisah tersendiri mengenai kekuatan, kasih sayang dan ketabahan, yang mampu menjadi inspirasi buat generasi akan datang.

Misha turut mengimbau perjalanan seninya sepanjang 23 tahun, yang disifatkan bukan hanya kerjaya tetapi medium untuk menyentuh jiwa pendengar.

“Selama ini muzik menjadi cara Kak Mitch menyampaikan cinta dan kekuatan kepada kalian. Momen bersejarah ini menguatkan lagi keyakinan bahawa muzik adalah legasi hati yang akan terus hidup dalam diri pendengar,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Sony Music Malaysia serta pasukan pengurusan yang setia menyokong perjalanan kariernya sejak awal.

Kempen #SpotifyEQUAL merupakan inisiatif global bagi meraikan bakat wanita dalam industri muzik, selain membuka peluang lebih luas untuk penyanyi Asia Tenggara menonjol di pentas antarabangsa.

Sumber: Berita Harian

Sertai
Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok