• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Yuna Kehilangan Pengikut dan Tawaran Persembahan Selepas Suarakan Solidariti terhadap Palestin
04 September 2025 | 10:50 AM

Yuna Kehilangan Pengikut dan Tawaran Persembahan Selepas Suarakan Solidariti terhadap Palestin

PETALING JAYA - Penyanyi terkenal tanah air, Yunalis Mat Zara’ai atau lebih dikenali sebagai Yuna, mendedahkan bahawa beliau kehilangan ribuan pengikut di media sosial serta tidak lagi menerima undangan persembahan di luar negara selepas lantang menyatakan sokongan terhadap Palestin.

Menurut Yuna, 38, meskipun berdepan dengan pelbagai kesan negatif, beliau tetap teguh menyuarakan solidariti dan tidak gentar memperjuangkan nasib rakyat Gaza.

“Saya sedar keadaan ini bukan mudah, namun saya berdiri bersama Palestin. Ramai tokoh dengan jutaan pengikut dan platform besar memilih untuk berdiam diri, sedangkan kita menyaksikan Gaza dimusnahkan di depan mata.

“Sejak saya berkongsi kandungan berkaitan simbol tembikai sebagai tanda sokongan, saya kehilangan pekerjaan, malah ada yang saya tolak sendiri. Saya juga kehilangan rakan, tiada lagi undangan persembahan di luar negara, dan lebih 4,000 pengikut tidak lagi bersama saya,” katanya menerusi hantaran di InstaStory.

Penyanyi lagu Rouge itu turut mengakui emosinya kerap terganggu, namun berazam untuk terus tabah menghadapi dugaan.

“Ada hari saya berasa amat tertekan, ada hari seolah-olah masih ada harapan. Kadangkala sukar apabila individu yang bekerjasama dengan saya bertindak seakan-akan tiada apa-apa berlaku, seolah-olah genosid itu bukan realiti.

“Ada hari saya menangis, namun semangat saya tidak pernah luntur. Dengan jiwa yang masih kuat, saya percaya segalanya akan kembali baik. Rahsianya ialah untuk terus bertahan kerana mereka mahu kita berputus asa. Perjuangan mesti diteruskan,” jelasnya.

Yuna merupakan antara selebriti tempatan yang aktif menyuarakan isu kemanusiaan di Palestin melalui media sosial, selain mengecam kekejaman rejim Zionis terhadap penduduk Gaza.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok