• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Perdana Menteri Arah Siasatan Insiden Pesawat TUDM di Kuantan
22 August 2025 | 10:28 AM

Perdana Menteri Arah Siasatan Insiden Pesawat TUDM di Kuantan

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden membabitkan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, malam tadi.

Beliau menegaskan, langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya juga perlu dipastikan bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.

“Pihak berkuasa diminta menjalankan siasatan yang menyeluruh bagi mengenal pasti punca kejadian dan memastikan aspek keselamatan diberi perhatian sewajarnya,” katanya menerusi kenyataan di media sosial, hari ini.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri turut menzahirkan doa agar kedua-dua anggota TUDM yang cedera segera diberikan kesembuhan.

“Saya mendoakan agar kedua-dua anggota yang cedera dipermudah segala urusan rawatan dan pemulihan,” ujarnya.

Terdahulu, sebuah pesawat pejuang jenis F/A-18D Hornet milik TUDM dilaporkan terbabit dalam kemalangan di landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah pada kira-kira pukul 9.05 malam.

Menurut kenyataan Bahagian Perhubungan Awam TUDM, tindakan segera telah diambil bagi menangani keadaan tersebut. Kedua-dua anggota terlibat kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok