• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Thailand Nafi Guna Bom Fosforus Putih Serang Orang Awam di Sempadan
20 August 2025 | 04:18 PM

Thailand Nafi Guna Bom Fosforus Putih Serang Orang Awam di Sempadan

BANGKOK - Thailand menafikan dakwaan Kemboja bahawa tenteranya menggunakan bom fosforus putih untuk menyerang orang awam ketika konflik sempadan antara kedua-dua negara bulan lalu.

Jurucakap tentera Thailand, Mejar Jeneral Winthai Suvaree, berkata tuduhan yang dibuat Ketua Pengarah Pusat Tindakan Periuk Api Kemboja, Heng Ratana, tidak berasas.

“Senjata yang digunakan dalam operasi itu bukan bom fosforus putih. Tuduhan ini adalah satu penyimpangan fakta,” katanya.

Menurut Winthai, bom fosforus putih bukan dikategorikan sebagai senjata kimia di bawah Konvensyen Senjata Kimia, malah tidak ada perjanjian antarabangsa yang mengharamkan penggunaannya. Beliau menegaskan, tentera Thailand hanya menyimpan dan menggunakan amunisi tersebut untuk tujuan ketenteraan dengan pematuhan ketat kepada undang-undang antarabangsa.

Bom fosforus putih sering digunakan bagi menghasilkan asap, pencahayaan atau sebagai agen pembakar. Namun, ia boleh menyebabkan kecederaan serius termasuk melecurkan kulit dan merosakkan organ dalaman seperti paru-paru, hati dan buah pinggang.

Penggunaan senjata berasaskan fosforus putih telah lama menjadi perhatian masyarakat antarabangsa, termasuk di bawah Konvensyen Geneva 1980 yang mengenakan kawalan ketat terhadap penggunaannya. Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) bagaimanapun tidak menyenaraikan fosforus putih sebagai senjata kimia.

Winthai turut menegaskan, tentera Thailand tidak pernah menggunakan amunisi itu terhadap orang awam. “Tuduhan Kemboja hanya bertujuan menimbulkan salah faham serta memburukkan imej tentera Thailand,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok