• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Marcus Rashford Terima Potongan Gaji Demi Sertai Barcelona Secara Pinjaman
21 July 2025 | 11:28 AM

Marcus Rashford Terima Potongan Gaji Demi Sertai Barcelona Secara Pinjaman

BARCELONA, Sepanyol – Penyerang Manchester United, Marcus Rashford, dilaporkan sanggup menerima potongan gaji sebanyak 15 peratus bagi merealisasikan perpindahan secara pinjaman ke kelab gergasi Sepanyol, Barcelona.

Pemain antarabangsa England itu menjadi sasaran utama juara La Liga musim panas ini selepas gagal menambat tempat dalam kesebelasan utama United. Walaupun Barcelona sebelum ini turut dikaitkan dengan pemain Liverpool, Luis Diaz dan Nico Williams dari Athletic Bilbao, Rashford kini menjadi pilihan utama kelab Catalan itu.

Menurut laporan media tempatan, Rashford tiba di Barcelona awal pagi tadi untuk menyelesaikan perpindahan yang tertangguh sejak Januari lalu. Ketika itu, rundingan gagal dimuktamadkan susulan kegagalan Barca menjual Ansu Fati, yang kemudian berhijrah ke AS Monaco.

Difahamkan, Rashford bersetuju mengurangkan gajinya daripada £315,000 (RM1.79 juta) seminggu bagi melicinkan urusan perpindahan. Bagaimanapun, disebabkan isu kewangan berterusan yang membelenggu Barcelona, pendaftarannya dijangka hanya akan dimuktamadkan selepas jelajah pramusim kelab itu di Asia, yang bermula minggu ini.

Barcelona sebelum ini pernah menghadapi isu sama, seperti kes Dani Olmo musim lalu yang terpaksa menunggu tiga perlawanan sebelum dibenarkan beraksi oleh La Liga.

Rashford dijangka menjalani pemeriksaan perubatan hari ini dan bakal menyertai sesi latihan pertama bersama rakan sepasukan baharunya esok. Kehadirannya di Barcelona turut disambut peminat yang merakam ketibaannya ketika menaiki kenderaan ke kediaman sementara di bandar tersebut.

Perpindahan Rashford adalah secara pinjaman penuh tanpa klausa pembelian wajib. Pemain berusia 26 tahun itu turut meluahkan hasrat untuk bermain bersama bintang muda sensasi Sepanyol, Lamine Yamal.

Dalam perkembangan lain, Rashford dikhabarkan akan ditawarkan salah satu daripada tiga nombor jersi: 14, 19 atau 22. Nombor 14 mempunyai nilai sentimental di kelab itu kerana pernah disarung legenda seperti Johan Cruyff dan Thierry Henry — idola Rashford ketika zaman kanak-kanaknya.

Nombor 19 pula baru sahaja dikosongkan oleh Yamal yang kini memakai jersi nombor 10, manakala nombor 22 turut tersedia dalam skuad utama.

Untuk rekod, jersi nombor 10 yang disarung Rashford di Manchester United kini telah diambil oleh Matheus Cunha, pemain baharu United yang menyertai kelab itu dari Wolves dengan nilai perpindahan £62.5 juta (RM355 juta).

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok