• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

85% Pengguna Domestik Nikmati Penurunan Bil Elektrik Mulai Julai 2025
23 July 2025 | 12:02 PM

85% Pengguna Domestik Nikmati Penurunan Bil Elektrik Mulai Julai 2025

PETALING JAYA, 23 Julai 2025 – Seramai 85 peratus pengguna domestik di Malaysia akan menikmati pengurangan bil elektrik mulai Julai ini, berikutan penstrukturan semula tarif yang menyaksikan penurunan sehingga 14 peratus berbanding separuh pertama tahun 2025.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam pengumuman khas “Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia” sebentar tadi.

“Penstrukturan tarif elektrik telah berkuat kuasa mulai Julai 2025. Namun, masih ada pihak yang menyebarkan dakwaan tidak berasas bahawa bil elektrik rakyat meningkat,” katanya.

Penurunan bil ini adalah hasil semakan semula ke atas tiga komponen utama dalam struktur tarif elektrik negara. Penstrukturan baharu ini, yang berkuat kuasa dari 1 Julai 2025 hingga 31 Disember 2027, melibatkan:

- Penyelarasan kadar purata tarif asas,

- Pengenalan jadual tarif baharu, dan

- Pelaksanaan mekanisme pelarasan kos bahan api yang lebih dinamik dan telus.

Langkah ini dijangka memberi kelegaan kepada majoriti isi rumah dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin mencabar.

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok