• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

‘Belum habis sedih tentang anak gajah, berlaku pula nahas FRU’
13 May 2025 | 05:34 PM

‘Belum habis sedih tentang anak gajah, berlaku pula nahas FRU’

Seluruh rakyat Malaysia hari ini menzahirkan rasa dukacita dan simpati atas insiden kemalangan tragis yang menimpa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5 di Jalan Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak, pagi tadi. Dalam kejadian yang menyayat hati itu, sekurang-kurangnya sembilan anggota FRU disahkan maut selepas trak yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori muatan batu.

Tragedi ini bukan sahaja menggemparkan negara, malah mengundang kesedihan yang mendalam dalam kalangan rakyat, terutama apabila mengenangkan para anggota yang terkorban merupakan barisan hadapan yang sedang menjalankan tugas demi keselamatan negara. Ramai netizen meluahkan perasaan hiba terhadap nasib keluarga mangsa yang kini kehilangan insan tersayang.

Antara mangsa yang dikenalpasti termasuklah Sarjan S. Perumal, Koperal Nurit Pandak, Koperal Amiruddin Zabri, Koperal Mohd. Pozli Jaudin, Koperal Akmal Muhamad, Koperal Mohamad Hilmi Mohd. Azlan, Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif dan Konstabel Akmal Wafi Annuar. Kenderaan yang membawa 15 anggota FRU itu difahamkan sedang dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai bertugas dalam Op Chariot di Teluk Intan.

Komen-komen netizen yang tular di media sosial menggambarkan suasana pilu yang menyelubungi negara hari ini:

“Sedihnya, sebak teringat isteri dan anak-anak yang menunggu kepulangan bapa mereka, tetapi meninggal dunia ketika bertugas,” luah seorang pengguna, Shahira.

“Berita yang sangat menyayat hati. Mereka keluar mencari rezeki, tapi tidak pulang,” tulis Sukeri Mamat.

“Yang pulang hanya sekujur tubuh. Al-Fatihah buat semua,” komen Nadia.

Kesedihan ini dirasakan berganda apabila insiden ini berlaku sehari selepas rakyat dikejutkan dengan berita seekor anak gajah mati dilanggar lori muatan ayam di Jalan Raya Timur-Barat Gerik-Jeli. Dua tragedi berturut-turut ini menambahkan lagi suasana muram dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Semalam bersedih dengan anak gajah, hari ini pula terima berita lebih menyayat hati. Semoga keluarga mangsa diberi kekuatan,” tulis Hisham.

“Al-Fatihah buat semua yang terkorban. Malaysia sedang berduka,” kata Samsul.

Seluruh negara kini bersatu dalam doa dan simpati kepada keluarga mangsa. Semoga roh semua anggota yang terkorban ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan keluarga mereka diberi ketabahan menghadapi kehilangan yang besar ini.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok