Kerajaan Malaysia telah mengumumkan penurunan harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 8 sen seliter untuk tempoh 8 hingga 14 Mei 2025. Harga baharu bagi RON97 ditetapkan pada RM3.10 seliter, manakala diesel pada RM2.80 seliter.
Sementara itu, harga petrol RON95 kekal pada RM2.05 seliter, dan harga diesel di Sabah, Sarawak serta Labuan turut kekal pada RM2.15 seliter.
Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan bahawa penetapan harga ini berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM) yang mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak mentah dunia. Kerajaan juga menegaskan komitmen untuk terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga bagi memastikan kestabilan serta kebajikan rakyat terpelihara.
Sumber: BERNAMA
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini