KUCHING: Penunggang dan pembonceng maut selepas motosikal ditunggangi mereka merempuh belakang sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan di Jalan Pelabuhan, di sini, malam tadi.
Mangsa, kedua-duanya lelaki berusia 25 dan 18 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di beberapa bahagian anggota badan.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata kejadian kira-kira jam 11.10 malam itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Pending ke Bako.
Beliau berkata, sejurus tiba di lokasi, motosikal itu merempuh lori yang diletakkan di bahu jalan menyebabkan penunggang dan pembonceng terhumban.
Sumber: Berita Harian
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini