• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Apa yang berlaku di Korea Selatan?
04 December 2024 | 12:42 PM

Apa yang berlaku di Korea Selatan?

Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol menarik balik undang-undang tentera hanya beberapa jam selepas beliau mengenakannya, beliau juga mengecam pembangkang sebagai "pasukan antinegara" yang mengancam demokrasi negara.

Tindakan tidak dijangka daripada Yoon mencemaskan Amerika Syarikat (AS) dan sekutu negara itu yang lain.

Dekri enam perkara daripada komander undang-undang tentera yang baharu, diikuti pantas dengan kenyataan ketua tentera Jeneral Park An-su, mengharamkan aktiviti politik dan parti, "propaganda palsu," mogok dan "perhimpunan yang mencetuskan kekacauan sosial."

Pasukan keselamatan menutup Dewan Negara, helikopter mendarat di atas bumbung dan tentera memasuki bangunan itu untuk masa yang singkat.

Tetapi 190 ahli parlimen berjaya masuk ke parlimen dan mengundi sebulat suara untuk menolak deklarasi Yoon dan menggesa undang-undang tentera ditarik balik.

Di luar bangunan berkenaan, ratusan penunjuk perasaan berkumpul, ramai yang menaikkan laungan menyeru supaya Yoon ditangkap.

Berikutan undian penggubal undang-undang, Yoon menarik balik arahan berkenaan. Kabinetnya juga meluluskan usul untuk membatalkan perintah itu.

Sumber: Harian Metro

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok