• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Ronaldo kecewa, Al-Nassr gagal tutup saingan liga
13 May 2026 | 12:40 PM

Ronaldo kecewa, Al-Nassr gagal tutup saingan liga

Cristiano Ronaldo gagal menyembunyikan kekecewaannya selepas impian untuk menjulang gelaran Liga Pro Saudi bersama Al-Nassr hampir tercalar dalam aksi dramatik awal pagi tadi.

Kapten Portugal berusia 41 tahun itu sebelum ini tampil cemerlang sejak menyertai kelab berkenaan pada 2022 selepas meninggalkan Manchester United, dengan meledak 127 gol dalam 146 penampilan.

Namun, setakat ini Ronaldo hanya berjaya menghadiahkan satu trofi buat Al-Nassr iaitu Piala Juara-Juara Kelab Arab 2023.

Dalam aksi penting menentang pencabar utama Al-Hilal, Al-Nassr berada di landasan terbaik untuk meraih kemenangan selepas mendahului 1-0 menerusi jaringan Mohamed Simakan pada separuh masa pertama.

Keputusan itu sepatutnya melebarkan jurang mata kepada lapan mata dengan hanya dua perlawanan berbaki buat Al-Hilal.

Cristiano Ronaldo kemudian dikeluarkan tujuh minit sebelum tamat permainan dan menerima sorakan gemuruh penyokong di Stadium Al-Awwal Park.

Namun, drama tercetus pada masa kecederaan apabila penjaga gol Al-Nassr, Bento, gagal menepis kemas lontaran jauh lawan sebelum bertembung dengan rakan sepasukan, Inigo Martinez, menyebabkan bola melantun masuk ke gawang sendiri.

Cubaan Abdulelah Al-Amri untuk menyelamatkan keadaan tidak berhasil apabila bola sudah melepasi garisan gol, sekali gus menghadiahkan gol sendiri yang menghidupkan semula perebutan kejuaraan liga.

Selepas wisel penamat, Ronaldo dilihat duduk bersendirian di bangku simpanan dalam keadaan sugul sambil diperhatikan pasangannya, Georgina Rodríguez, serta anak-anak mereka dari tempat duduk penonton.

Bintang veteran itu kemudian bangun sambil menggelengkan kepala sebelum berjalan menuju ke terowong pemain dengan wajah penuh kecewa.

Walaupun tercicir mata, Al-Nassr masih berada di kedudukan terbaik untuk menamatkan penantian tujuh tahun menjulang kejuaraan liga apabila kekal lima mata di depan Al-Hilal serta memiliki kelebihan perbezaan jaringan.

Jika berjaya menewaskan Damac FC dalam aksi terakhir minggu depan, Al-Nassr bakal mengesahkan kejuaraan Liga Pro Saudi musim ini.

Dalam perkembangan lain, Ronaldo turut menikmati satu lagi musim produktif, namun mungkin terlepas anugerah penjaring terbanyak liga apabila penyerang Al-Ahli, Ivan Toney, dan bintang Al-Qadsiah, Julián Quiñones, sudah mencatat jumlah gol lebih tinggi musim ini.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok