• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Nepal Tawar Pendakian Percuma di 97 Gunung Himalaya untuk Tarik Pelancong
13 August 2025 | 01:34 PM

Nepal Tawar Pendakian Percuma di 97 Gunung Himalaya untuk Tarik Pelancong

KATHMANDU – Nepal akan menawarkan pendakian percuma di 97 gunung dalam Banjaran Himalaya sepanjang dua tahun akan datang sebagai langkah untuk merancakkan pelancongan di kawasan terpencil, lapor BBC.

Menurut Jabatan Pelancongan Nepal, inisiatif itu bertujuan mempromosikan destinasi dan produk pelancongan yang jarang diterokai, khususnya di wilayah Karnali dan Sudurpaschim. Gunung-gunung tersebut berketinggian antara 5,970 meter hingga 7,132 meter.

“Walaupun memiliki pemandangan menakjubkan, kawasan ini menerima sangat sedikit kunjungan kerana kesukaran akses. Kami berharap langkah ini akan membantu menarik lebih ramai pelawat,” kata Pengarah Jabatan Pelancongan Nepal, Himal Gautam kepada The Kathmandu Post.

Beliau menambah, tawaran itu dijangka membuka peluang pekerjaan, menjana pendapatan, dan mengukuhkan ekonomi tempatan.

Pengumuman ini dibuat selepas kerajaan Nepal mengesahkan kenaikan yuran permit mendaki Gunung Everest kepada AS$15,000 (RM63,500) bermula September depan, peningkatan pertama sejak hampir sedekad.

Mendaki gunung merupakan sumber pendapatan utama Nepal, yang memiliki 10 gunung tertinggi di dunia. Pada tahun lalu sahaja, negara itu memperoleh AS$5.9 juta (RM25 juta) daripada yuran pendakian, dengan Everest menyumbang lebih tiga perempat hasil tersebut.

Namun, minat terhadap 97 puncak terpencil itu masih rendah, dengan hanya 68 daripadanya diterokai dalam dua tahun terakhir. Sebaliknya, untuk tahun 2024 sahaja, sebanyak 421 permit telah dikeluarkan bagi pendakian Everest.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok