• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Benjamin Sesko Tiba di Manchester untuk Lengkapkan Perpindahan ke United Bernilai £74 Juta
08 August 2025 | 01:03 PM

Benjamin Sesko Tiba di Manchester untuk Lengkapkan Perpindahan ke United Bernilai £74 Juta

MANCHESTER, 8 Ogos – Penyerang muda Slovenia, Benjamin Sesko, dilaporkan sudah tiba di Manchester bagi melengkapkan pemeriksaan perubatan sebelum menyertai Manchester United dalam perpindahan bernilai £74 juta (RM414 juta).

Pemain berusia 22 tahun itu dikatakan sanggup menolak tawaran gaji lebih tinggi daripada Newcastle United demi menyertai skuad kendalian Ruben Amorim di Old Trafford.

United bersetuju dengan pakej perpindahan melibatkan bayaran awal sebanyak £66.4 juta (RM372 juta), dengan tambahan £7.4 juta (RM41 juta) bergantung kepada prestasi Sesko.

Keputusan Sesko Kejutkan Newcastle

Menurut laporan Sky Germany, Newcastle bukan sahaja menawarkan jumlah yang lebih besar kepada RB Leipzig, tetapi turut menjanjikan gaji lebih lumayan kepada Sesko. Namun, keinginan peribadi pemain itu untuk menyertai United mempercepatkan rundingan.

Sumber dari Slovenia memaklumkan Sesko bakal menerima gaji £160,000 (RM896,000) seminggu, dengan potensi kenaikan kepada £200,000 (RM1.12 juta) jika United layak ke Liga Juara-Juara. Malah, agensi pengurusannya yang diketuai Elvis Basanovic turut bersetuju mengurangkan komisen bagi memastikan perpindahan ini berjalan lancar.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian, United dan Leipzig juga bersetuju mengadakan perlawanan persahabatan di Red Bull Arena pada masa akan datang.

Penggempur Baru di Era Ruben Amorim

Sesko dijangka diumumkan secara rasmi sebagai pemain United esok. Sejak menyertai Leipzig dari Red Bull Salzburg, beliau telah menjaringkan 39 gol dan mencipta lapan bantuan gol dalam 87 penampilan – termasuk 21 gol dalam semua kejohanan musim lalu.

Ketibaannya menambah kekuatan ketara di barisan serangan United, selepas kelab itu memperoleh Matheus Cunha dari Wolves (£62.5 juta) dan Bryan Mbeumo dari Brentford (£71 juta).

Langkah ini turut memberi tamparan hebat kepada Newcastle, yang menyasarkan Sesko sebagai pengganti Alexander Isak – penyerang Sweden yang dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool.

United kini mempercepatkan usaha mendapatkan penyerang tengah selepas sasaran utama mereka sebelum ini, Liam Delap, memilih Chelsea, sementara Hugo Ekitike dan Viktor Gyokeres telah menyertai Liverpool dan Arsenal.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok