• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Penutupan Jalan di Kuching Sempena Kuching Street Parade 2025
12 August 2025 | 11:06 AM

Penutupan Jalan di Kuching Sempena Kuching Street Parade 2025

Kuching, 12 Ogos 2025 - Beberapa laluan utama di sekitar bandar raya Kuching akan ditutup secara berperingkat mulai hari ini sehingga 16 Ogos bagi memberi laluan kepada Kuching Street Parade 2025 yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini.

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) memaklumkan bahawa raptai acara akan diadakan seperti berikut:
- 12 Ogos (Selasa): Penutupan Jalan Tun Abang Haji Openg bermula jam 7.00 malam hingga selesai.
- 13 & 14 Ogos (Rabu & Khamis): Penutupan Jalan Tun Abang Haji Openg – Jalan Main Bazaar – Jalan Wayang – Jalan Temple – Jalan Tunku Abdul Rahman bermula jam 6.00 petang hingga selesai.

Penutupan Jalan Pada Hari Acara – 16 Ogos 2025 (Sabtu)

Bermula jam 4.00 petang, penutupan melibatkan laluan berikut sehingga acara berakhir:

1. Bulatan Sri Aman / Laluan keluar dari Jalan Padungan

2. Susur ke Bulatan Sri Aman dari Jalan Ban Hock

3. Jalan Abell Utara

4. Lampu isyarat Jalan Abell / Jalan Petanak

5. Jalan Sungai Padungan

6. Lampu isyarat Jalan Padungan

7. Susur ke Jalan Chan Chin Ann dari Jalan Tunku Abdul Rahman

8. Jalan Song Thian Cheok

9. Lampu isyarat Jalan Bukit Mata

10. Jalan Borneo

11. Susur ke Jalan Main Bazaar di lampu isyarat Jalan Lebuh Wayang / Jalan Main Bazaar

12. Lampu isyarat SK St. Mary

13. Jalan Temple / Jalan Lebuh Wayang / Jalan Wawasan

14. Susur ke Jalan Tun Abang Haji Openg dari Jalan Main Bazaar / Jalan Tun Abang Haji Openg

15. Jalan McDougall

16. Susur ke Jalan Tun Abang Haji Openg dari Jalan Satok di lampu isyarat RTM

DBKU menasihatkan pengguna jalan raya supaya merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan.

Orang ramai turut dialu-alukan hadir bagi memeriahkan Kuching Street Parade 2025, yang dijangka menjadi acara kemuncak sambutan di bandar raya ini.

Sumber: FB DBKU

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok