• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Guru Besar didenda RM20,000 palsukan dokumen bantuan sekolah
22 January 2025 | 05:30 PM

Guru Besar didenda RM20,000 palsukan dokumen bantuan sekolah

SHAH ALAM – Seorang guru besar didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas mengaku bersalah memalsukan dokumen bantuan awal persekolahan.

Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin menjatuhkan hukuman itu terhadap Azatulakmal Abd. Razak, 55, dan memerintahkan hukuman penjara enam bulan sekiranya denda gagal dibayar.

Tertuduh, yang bertugas di sebuah sekolah di Petaling Jaya, didapati menggunakan Borang Akuan Penerimaan atau Penolakan Pembayaran Bantuan Awal Persekolahan 2019 secara tidak jujur. Perbuatan tersebut dilakukan pada tahun 2019.

Kesalahan ini di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama, memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Aliff Shaharuzaman, manakala tertuduh diwakili peguam Nor Aziah Harun dan Nurul Izzah Syafiqa Makhtar.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok