• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Resort ski di Turkiye terbakar membawa 66 nyawa
22 January 2025 | 11:37 AM

Resort ski di Turkiye terbakar membawa 66 nyawa

Sekurang-kurangnya 66 orang terbunuh dalam kebakaran yang melanda sebuah hotel dan resort ski di Pergunungan Bolu, Turkiye, semalam.

Kebakaran berlaku di Hotel Grand Kartal yang terletak di resort ski Kartalkaya, di barat laut Turkiye. Menurut Menteri Kesihatan, Kemal Memisoglu, lebih 51 orang lagi dilaporkan cedera dalam tragedi tersebut.

Kebakaran bermula sekitar pukul 3 pagi waktu tempatan di restoran yang terletak di tingkat 11 hotel. Kejadian ini menyebabkan pengunjung hotel yang panik terpaksa melompat keluar dari tingkap untuk menyelamatkan diri. Beberapa mangsa yang terdesak bertindak terjun dari bangunan, dan dua daripada mereka dilaporkan meninggal dunia selepas melompat dalam keadaan panik.

Menurut laporan saluran berita tempatan, NTV, beberapa tetamu yang terperangkap cuba memanjat turun dengan menggunakan selimut dan cadar sebagai tali. Pada masa kejadian, terdapat 234 tetamu yang menginap di hotel tersebut yang mempunyai 161 bilik. Hotel itu terletak di tepi lereng gunung, menjadikannya lebih sukar bagi para tetamu untuk melarikan diri.

Saksi kejadian, Atakan Yelkovan, yang menginap di tingkat tiga hotel, memberitahu bahawa sistem amaran kebakaran gagal berfungsi semasa kejadian, walaupun isterinya menghidu bau terbakar. Ini menambah kepada situasi yang lebih panik bagi mereka yang terperangkap di dalam bangunan.

Menteri Dalam Negeri Turkiye, Ali Yerlikaya, menyatakan rasa sedihnya atas kejadian tersebut dan mengesahkan bahawa 66 nyawa telah terkorban akibat kebakaran. Punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Kartalkaya, yang terletak di Pergunungan Koroglu, kira-kira 300 kilometer ke timur Istanbul, adalah resort ski yang popular di Turkiye, menarik ramai pelancong pada musim sejuk.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok