• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Leona buang lemak di dagu, ikut saranan netizen
25 June 2024 | 02:34 PM

Leona buang lemak di dagu, ikut saranan netizen

PETALING JAYA – Pernah disangka menghidap tiroid, pempengaruh sensasi Kasih Iris Leona memilih untuk menjalani prosedur membuang lemak pada dagunya.

Katanya, rawatan yang disebut sebagai ‘fat melting’ itu dilakukan pakar di sebuah klinik yang bertujuan mengecilkan bahagian berlapis itu.

“Hari ini saya buat rawatan yang dipanggil ‘fat melting’ (mencairkan lemak) dan mereka baru menyapu krim kebas. Jadi kita tengok hasilnya nanti,” katanya menerusi TikTok.

Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu yang berkongsi video proses rawatan tersebut turut memperincikan beberapa langkah dilakukan pakar terbabit.

Antaranya adalah memeriksa kawasan lemak di bawah dagu, melukis menggunakan pensil khas, menyuntik serta membalut kawasan bermasalah.

Ujarnya lagi, rawatan berkenaan tidak menyakitkan sekali gus menolak tanggapan awalnya mengenai prosedur berkenaan.

Menerusi ruangan komen, netizen bergurau sesama sendiri apabila saling menyalahkan antara satu sama lain kerana menyifatkan tindakan itu berpunca daripada mereka.

Ini susulan teguran ramai mengenai keadaan leher Leona yang didakwa membengkak seolah-olah menghidap penyakit tiroid.

“Kalianlah yang tuduh dia ada tiroid. Kan dia nak buang dagu berlipat dah. Kasihan Leona,” tulis netizen

Namun sebilangan lagi pengikut menyatakan dia tidak perlu melakukan prosedur membuang lemak pada dagu berlapisnya kerana sudah sedia cantik.

Sumber: Kosmo Online!

Oleh HANISAH SELAMAT

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok