• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Pakai baju rekaan Rizman Ruzaini, Lady Gaga ‘tutup aurat’
25 June 2024 | 02:26 PM

Pakai baju rekaan Rizman Ruzaini, Lady Gaga ‘tutup aurat’

PETALING JAYA – Pereka fesyen tempatan, Rizman Ruzaini mencipta satu lagi kejayaan apabila dres rekaan mereka digayakan penyanyi pop antarabangsa, Lady Gaga pada persembahan Lady Gaga & Jazz Piano di Park MGM, Las Vegas, Amerika Syarikat.

Perkara tersebut didedahkan Rizman Ruzaini menerusi hantaran status duo fesyen itu dalam Instagram mereka.

“Lady Gaga menggayakan baju ‘custom’ Rizman Ruzaini menyanyikan lagu Americano pada persembahan Las Vegas Residency,” coret mereka.

Berona merah chiffon dan bermandikan kristal Swarovski, ramai dalam kalangan netizen yang memuji penampilan Gaga atau nama sebenarnya, Stefani Joanne Angelina Germanotta umpamanya ‘menutup aurat’.

“Kalau Lady Gaga pakai inner, pakai tudung terus nampak macam muslimah. Dres yang cantik, tak seksi.

“Cantik dia menutup aurat. Selalunya hanya berseluar dalam ketika melakukan persembahan,” demikian antara komen yang netizen dalam media sosial.

Selain menggayakan lagu Americano yang dipetik daripada album Born This Way, Gaga turut menggayakan baju Rizman Ruzaini ketika mendendangkan lagu hit nombor satunya, Paparazzi daripada diskografi The Fame.

Sebelum ini, Rizman Ruzaini menjalin kolaborasi dengan supermodel Naomi Campbell pada Minggu Fesyen Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE) pada Oktober tahun lalu.

Dalam satu wawancara audio siar, mereka melabur RM3 juta untuk mendapatkan khidmat model antarabangsa itu.

Sumber: Kosmo Online!

Oleh MOHD. HAIKAL ISA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok