WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

FATTAH AMIN HADIAHKAN FAZURA JAMBANGAN BUNGA

Pelakon Nur Fazura mengakui, terkejut apabila Fattah Amin menyerahkan jambangan bunga di atas pentas


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Pelakon Nur Fazura mengakui, terkejut apabila Fattah Amin menyerahkan jambangan bunga di atas pentas sebaik saja selesai mempersembah himpunan rekaan jenamanya, House of Dolls, malam tadi.

Fazura yang mesra disapa Faz, menganggap tindakan romantik pemegang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 30 (ABPBH 3.0) disebabkan masih terbawa-bawa karakter Tengku Ian Uzzam dalam drama bersiri gandingan mereka bersama-sama, Hero Seorang Cinderella.

"Saya terkejut sebenarnya, mungkin dia masih dalam karakter lagi. Susah sikit untuk dia melupakan agaknya," kata Fazura bergurau ketika ditemui pada acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2017 (KLFW2017), hari ini.

Pelakon J Revolusi itu berkata, sebagai teman pelakon yang pernah bekerjasama, tidak salah untuk dia mengundang aktor tinggi lampai itu bersama-sama memeriahkan acara yang sangat bermakna kepada dirinya.

"Bukan hanya Fattah, saya turut mengundang selebriti lain seperti Diana Danielle dan Uqasha Senrose untuk memberikan sokongan. Uqasha bagaimanapun, tidak dapat hadir kerana terikat dengan komitmen lain," katanya.

Sementara itu, Fattah ketika ditemui, menyifatkan kehadirannya pada acara itu sebagai tanda sokongan terhadap usaha Fazura yang mengundangnya secara peribadi.

"Saya menerima jemputan daripada Fazura minggu lalu. Kebetulan, tiada penggambaran. Jadi saya hadir untuk memenuhi jemputannya.

"Saya kagum dengan semua koleksi rekaan Fazura dan sebagai kawan, saya menyokong apa saja yang dilakukannya," kata Fattah.

Menerusi acara itu, Fazura mempersembahkan 32 koleksi pakaian rekaannya yang bertemakan Love Warrior.

- Sumber dari Berita Harian