• LISTEN NOW ON AIR

    CATS 30

    10.00am - 01.00pm

WHAT'S NEXT

LAGU TEBILANG CATS

01.00pm - 03.00pm

KISAH SUKARELAWAN DENGAR LUAHAN PASANGAN WARGA EMAS SUAMI ISTERI SAKIT BUAT HATI TERSENTUH

Siapa sangka disebalik sebuah rumah usang ini terdapat sepasang suami isteri warga emas yang masing-masing menghidapi penyakit


Back To Whats Hot

Siapa sangka disebalik sebuah rumah usang ini terdapat sepasang suami isteri warga emas yang masing-masing menghidapi penyakit di mana si suami menghidapi Asma dan buta, manakala isteri terlantar tidak boleh berjalan menghidapi kanser susu(payudara) tahap empat.

Kisah mereka ini telah mendapat perhatian sebuah pertubuhan yang diberi nama pesatuan Dayak 360(D360), Saudara Saban Danggang dan rakan-rakannya telah melawat keluarga ini, hasil temubual ternyata kisah mereka penuh dengan dugaan.

Apabila si suami bernama Tambi bin Jon bercerita, rata-rata mereka mengalirkan air mata mendengarnya. Jom kita baca dan lihat

Selamat malam saudara-saudaraku yang terkasih

Pada hari ini 19.07.2017 dalam pukul 3.45 begitu.. Saya dan kawan saya dari pesatuan Dayak 360(D360) ada melawat keluarga ini..Tambi Bin Jon(Suami) dan Mahani Bt Abdullah @ Inta anak Belajang(Isteri) Beralamat di Lot 922, Terusan 8A,Pujut 5, Jalan Miri-Lutong 98000 Miri, Sarawak...

Mereka berdua tidak mempunyai anak... Pak cik ini ada penyakit asma dan kedua matanya Buta... Makcik ini pula sedang sakit kenser susu tahap 4 dan dia tidak dapat bejalan dan tidak dapat duduk... Bila pacik ni becerita kami bertiga tidak dapat menahan air mata mengalir kerana sama2x bersedih..

Jika saudara dan saudari berhati mulia dan mengasihi pacik n macik ini saudara dan saudari boleh membantu mereka berdua dengan memberi sumbangan kewangan dengam bankin ka akaun

AGRO BANK
2006811000147867 ( Mahani Bt Abdullah)

Atau saudara sendiri datang ke rumah mereka di Pujut 5..saudara juga boleh memberi bantuan lain selain dari kewangan... Ini kerana keadaan rumah mereka akan basah jika hari hujan...

Saya bukan mencari glamor... dan juga kami tidak melihat perbezaan Agama... Kami ingin membantu mereka... Tapi kami sendiri tidak mampu... Semoga saudara dan saudari ringan tangan membantu mereka... Atau anda boleh memberi maklumat ini kepada YB agar dapat membantu mereka...

Seandainya saudara nak kepastian lebih lanjut saudara boleh wassap saya dgn no 0194847717...
Semoga tuhan akan memberkati kasih saudara saudari yg sudi membantu mereka berdua. Amen

- Sumber dari SiakapKeli.my