• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

RANGKA MANUSIA YANG DITEMUI DI GUAR KEPAH MUNGKIN MILIK WANITA 5,000 TAHUN LALU

Satu rangka manusia yang ditemui di Guar Kepah mungkin milik seorang wanita dari era Neolitik


Back To Whats Hot

Kepala Batas: Satu rangka manusia yang ditemui di Guar Kepah mungkin milik seorang wanita dari era Neolitik.

Ahli arkeologi, Prof Datuk Dr. Mokhtar Saidin dari Universiti Sains Malaysia berkata berdasarkan gigi, rangka itu mungkin milik seorang wanita namun pengesahan perlu dilakukan terlebih dahulu.

"Bila kami bawa pulang rangka ke makmal USM, kita boleh sahkan jantina, umur dan sebab kematian dan lain-lain," kata beliau.

Kata Prof Mokhtar lagi, diet utama era itu adalah makanan laut namun mereka juga berburu.

"Kami temui tulang rusa dan babi"

Menurut laporan, kontraktor yang sedang melakukan kerja di Guar Kepah Archaeological Gallery menemui rangka itu pada 17 April dan semua kerja telah dihentikan.

Peninggalan seperti tembikar dan cangkerang dipercayai dari zaman Neolitik daripada kira-kira 5,000 tahun yang lalu juga ditemui di tapak itu.

Sementara itu, BH Online melaporkan penyelidik USM telah menjumpai lebih 30 rangka manusia di tapak terbabit.

- Sumber dari Berita Harian