WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

SIRI PENYIASATAN MISTERI FIKSYEN SAINS THE X-FILES KEMBALI MENEMUI PEMINAT

Pencarian kebenaran Mulder dan Scully diteruskan dalam The X-Files apabila saluran televisyen Fox mengumumkan bahawa siri drama fiksyen sains


Back To Whats Hot

Los Angeles: Pencarian kebenaran Mulder dan Scully diteruskan dalam The X-Files apabila saluran televisyen Fox mengumumkan bahawa siri drama fiksyen sains itu akan dihidupkan kembali menemui peminatnya.

The X-Files akan kembali ke layar kaca pada musim luruh nanti dengan 10 episod baharu, yang menyaksikan ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Fox Mulder (David Duchovny) dan Dana Scully (Gillian Anderson) menyiasat kes-kes melibatkan entiti asing yang sukar dijelaskan.

Siri yang popular sepanjang tahun 1993 hingga 2002 itu pernah dihidupkan semula dengan enam episod pada tahun lalu.

Dalam siri reboot itu, watak Mulder dan Scully disatukan semula dan mereka mendapati diri mereka kembali mengejar muslihat kerajaan yang menyembunyikan sesuatu, mselain mencari raksasa, objek misteri di langit dan juga anak mereka, William.

Menurut 20th Century Fox Televisiom, siri tersebut berjaya menarik 16 juta tontonan.

Siri The X-Files diikuti rapat oleh kumpulan peminat fanatiknya yang terpesona dengan, bukan sahaja dua watak utamanya, malah idea tentang kisah misteri yang disembunyikan pihak berkuasa dan kerajaan.

Pembikin drama tersebut, Chris Carter memberitahu Reuters tahun lalu bahawa The X-Files semakin relevan dalam situasi semasa berikutan teori konspirasi yang masih meluas disebut dalam internet, selain tarikan tentang objek terbang seperti UFO.

- Sumber dari Awani