WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

TERBARU! APPLE PERKENAL IPHONE 7 MERAH MENYALA

BERITA baik buat pengemar warna merah saga kerana iPhone 7 dan iPhone 7 Plus kini hadir dengan pilihan warna menarik itu di pasaran


Back To Whats Hot

BERITA baik buat pengemar warna merah saga kerana iPhone 7 dan iPhone 7 Plus kini hadir dengan pilihan warna menarik itu di pasaran!

Pilihan warna baru itu diumumkan syarikat Apple, semalam sempena perkongsian antara Apple dan inisiatif kesedaran AIDS (RED).

“Perkenalkan iPhone edisi khusus dalam warna merah melambangkan penawaran produk terbaik kami untuk kerjasama dengan (RED),” kata CEO Apple Tim Cook dalam satu kenyataan media.

Sebahagian hasil jualan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus ini juga bakal disumbangkan kepada RED.

Bagi yang berminat, model telefon bimbit dengan 128GB dan 256GB ini boleh didapati di online di Apple.com dan di cawangan-cawangan Apple di seluruh dunia bermula harga AS$749 (RM3,319) mulai 24 Mac ini.

Sebelum ini, Apple hanya memperkenalkan iPhone 7 berwarna hitam, ‘jet black’, perak, emas, dan ‘rose gold’ .