WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

GOOGLE MEMBERI PENGHORMATAN KHAS KEPADA P.RAMLEE MELALUI DOODLE KHAS HARI INI

Allahyarham Tan Sri P. Ramlee diberi penghormatan oleh Google dengan mempunyai 'Doodle' sendiri sempena ulang tahun ke - 88 lagenda skrin ini


Back To Whats Hot

Allahyarham Tan Sri P. Ramlee diberi penghormatan oleh Google dengan mempunyai 'Doodle' sendiri sempena ulang tahun ke - 88 lagenda skrin ini.

Rata - rata pengguna Google Malaysia terkejut melihat persamaan yang dimiliki oleh P. Ramlee menghiasi pelayar carian mereka.

Gambar menunjukkan P.Ramlee duduk di atas kerusi pengarah dengan memegang gitar/alat muzik di tangan kanan dan pembesar suara di tangan kiri sebagai penghormatan kepada pencapaian beliau sebagai penyanyi, komposer, pelakon dan juga pengarah.

"Dilahirkan 88 tahun yang lalu, pencapaian seni P.Ramlee meninggalkan banyak kesan kepada sejarah budaya Malaysia" kata Google dalam huraian Doodle tersebut.

Tan Sri Datuk Amar Teuku Zakaria Teuku Nyak Putih atau lebih kenali sebagai P.Ramlee merupakan pelakon prolifik, pengarah, penulis dan pemuzik yang menyumbang kepada lebih dari 60 filem dan 250 buah lagu. 

Seniman P. Ramlee menghembuskan nafas terakhirnya pada 29 Mei 1973 ketika umurnya 44 tahun kerana serangan jantung dan dikebumikan di Perkuburan Jalan Ampang Muslim Kuala Lumpur.