WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

BERBASIKAL 202KM GUNA STRAVA LAKAR IMEJ KAMBING

Sekumpulan penunggang basikal tempatan Fight Club melakar sejarah setelah merentasi jarak sejauh 202 kilometer di sekitar Perth demi membuat lakaran


Back To Whats Hot

Sekumpulan penunggang basikal tempatan Fight Club melakar sejarah setelah merentasi jarak sejauh 202 kilometer di sekitar Perth demi membuat lakaran laluan berbentuk kambing.

Ben Jones, salah seorang daripada empat anggota kelab itu berkata kepada stesen ABC Radio Perth bahawa mereka memerlukan kira-kira lapan jam sahaja untuk menyelesaikan corak tersebut dengan menggunakan aplikasi Strava.

“Di Perth, ramai orang gemar mengayuh basikal di sekitar sungai dan bukit kecil yang memang bagus untuk dijelajahi. Tetapi lebih menarik juga kalau kami melakukan sesuatu yang sedikit berbeza,” katanya lagi.

Jones malah menjelaskan, kegiatan riadah itu hanya salah satu cara menghabiskan waktu mereka ketika hari minggu. Namun timbul persoalan cepumas: Mengapa laluan yang dipilih mereka berbentuk seperti kambing?

“Ia haiwan yang mudah untuk digambarkan bentuk,” katanya. Pergerakan mereka dipetakan dengan menggunakan aplikasi media sosial Strava, lazim digunakan penunggang basikal dan pelari untuk menjejak laluan secara online.

Strava juga popular digunakan bagi memaparkan laluan ditempuh perjalanan berbasikal, beberapa tahun ini. Jones menyatakan mereka memilih laluan itu dengan berhati-hati dengan bermula dari Leederville, pinggiran Perth.

“Kawasan ini terkenal dengan banyak kafe serta pengayuh basikal dan kaum hipsters. Ada jenaka antara mereka yang melihatnya atas talian, memang masuk akal kalau janggut kambing bermula di Leederville,” kata Jones.

Laluan itu kemudian membawa ke arah utara, di timur bukit Perth dan kemudian menyeberangi sungai ke pinggir selatan bandar raya. Ramai pengguna media sosial tempatan menyambut baik lakaran dilukis kumpulan itu. 

“Hasilnya Osborne Park untuk kepala kambing, matanya pula di Noranda, tanduk di Mirrabooka dan kemudian ke arah timur laut. Ekor kambing ini di Swan View, kuku di Kalamunda, Kensington dan Victoria Park,” tambahnya.

Setelah memuat naik gambar laluan kambing itu pada Ahad malam lalu, ujar Jones, muncul pelbagai respons dari penunggang basikal di beberapa negara dengan ramai amat menyukainya kerana ia tampak sedikit berbeza.

Malah ada juga bertanya, selepas ini Fight Club akan membuat lakaran bentuk apakah pula untuk projek berbasikal seterusnya dan mereka tidak sabar menyaksikan corak yang bakal dihasilkan kumpulan penunggang tersebut.

“Ada bahkan membuat cadangan untuk membentuk gambar haiwan tertentu termasuk bintang ikonik Australia lainnya,” kata Jones. Namun penjelajahan kumpulan itu tampaknya tidak akan diteruskan dalam waktu terdekat.

“Alasan mengapa kami melakukan hal ini antara lain kerana kebetulan pasangan saya sedang hamil sembilan bulan. Dia kemungkinan melahirkan anak dalam empat hari ini,” kata Jones yang enggan menyatakan projek berikutnya.

Sementara itu, laluan bentuk kambing tersebut sudah pun dipamerkan secara talian bagi mereka yang ingin cuba menjelajahinya tetapi Jones mengingatkan bahawa mereka yang kurang semangat, mesti akan cepat putus asa.

“Jauhnya 202 kilometer, Tapi setiap orang boleh lakukan. Kami berharap orang lain akan menempuhnya dan dalam semangat Strava, cuba buat lebih cepat daripada yang kami lakukan,” cetus Jones.

 

Sumber:– Agensi/Mynewshub.cc/HAA