• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

LELAKI SARAWAK SEBUT PERKATAAN “BOM” DI KKIA DITAHAN

Gurauan lelaki asal Sarawak berusia 40 tahun menyebut perkataan “bom” di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA)


Back To Whats Hot

Gurauan lelaki asal Sarawak berusia 40 tahun menyebut perkataan “bom” di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) awal pagi Rabu membawa padah.

Lelaki berkenaan segera ditahan di Lokap Berpusat Kontinjen Sabah untuk siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Bernama melaporkan Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata lelaki asal Sarawak berstatus pemastautin tetap Brunei Darussalam itu ditahan selepas kakitangan Malaysia Airlines (MAS) membuat laporan di balai polis KKIA, kira-kira 8.03 pagi.

Lelaki berkenaan sepatutnya menaiki MAS dari Kota Kinabalu menuju Bandar Seri Begawan.

Chandra dalam kenyataannya menurut Bernama berkata, “suspek mengeluarkan perkataan ‘bom’ ketika ditanya oleh pengadu sama ada terdapat barang berbahaya dalam bagasinya ketika mendaftar masuk bagasi serta pemeriksaan keselamatan.”

Beliau berkata pemeriksaan ke atas bagasi suspek tidak menjumpai barang yang menyalahi undang-undang.