WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

RAPAT DENGAN NEELOFA, FATTAH AMIN BELUM RANCANG KAHWIN

Pelakon Fattah Amin belum terfikir untuk menamatkan zaman bujang selepas mengakui berkawan rapat dengan aktres Neelofa


Back To Whats Hot
Pelakon Fattah Amin belum terfikir untuk menamatkan zaman bujang selepas mengakui berkawan rapat dengan aktres Neelofa. Fattah atau Abdul Fattah Amin, 26, berkata, buat masa ini dia mahu memberikan fokus kepada karier seni selain perniagaannyayang baharu sahaja mula bertapak. "Buat masa ini tiada perancangan untuk menamatkan zaman bujang kerana saya mahu fokus kepada kerjaya selain perniagaan dan tanggungjawab sebagai duta produk terlebih dahulu," katanya kepada mStar Online. Fattah ditemui pada majlis pelancaran pewangi AJ Parfum x Fattah Amin yang diadakan di sini, Khamis. Dalam pada itu, ditanya tentang perkembangan hubungannya dengan Neelofa, Fattah berkata, dia selesa berkawan dengan wanita itu dan menyifatkan aktres berkenaan sebagai tidak lokek ilmu. "Selepas selesai drama Suri Hati Mr. Pilot kami memang ada berjumpa untuk berbincang tentang kerjaya, projek dan klien. "Jujurnya saya suka berkawan dengan dia (Neelofa) kerana dia tidak lokek berkongsi pengalamannya dalam bisnes walaupun dia seorang usahawan berjaya," katanya. Sementara itu, Fattah yang dilantik sebagai duta pewangi lelaki dan wanita jenama AJ De'Parfum memberitahu dia tertarik dengan bau wangian tersebut yang disifatkan menyenangkan sebagai sebab utama dia menerima tawaran sebagai duta. Kata Fattah dia hanya mengambil masa singkat untuk menerima tawaran itu kerana yakin dengan produk berkenaan. "Sebelum bersetuju saya mencuba terlebih dahulu produk berkenaan dan harumannya memang sesuai dengan saya. "Ia juga dijual pada harga berpatutan dan mampu milik iaitu RM65 sebotol dan bagi yang berminat boleh mendapatkannya di stokis-stokis kami seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei," ujarnya. Untuk rekod, Fattah akan bertindak sebagai duta produk tersebut selama enam bulan.