WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

HOTEL 'PINTAR DAN DIGITAL' PERTAMA DI SARAWAK, KUCHING PARK HOTEL

Tetamu hotel kini boleh mendaftar masuk dan mendaftar keluar tanpa perlu melalui proses konvensional


Back To Whats Hot

KUCHING, 21 Feb -- Kuching Park Hotel antara industri perhotelan pertama di Sarawak menggunakan konsep "pintar dan digital", kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak itu berkata, terkini hotel itu menggunakan teknologi digital dan aplikasi dalam talian.

Menurutnya, ia sememangnya menarik kerana inisiatif tersebut sangat baru kepada industri pelancongan Sarawak khususnya industri hotel tempatan.

Dato Sri Karim berkata Kuching Park Hotel juga bakal menawarkan satu lagi tarikan pelancong di bandaraya ini dan juga di Sarawak amnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pembukaan Kuching Park Hotel di sini, pada Selasa.

Mengulas lanjut, katanya, tetamu hotel kini boleh mendaftar masuk dan mendaftar keluar tanpa perlu melalui proses konvensional dengan hanya melalui kiosk dan aplikasi yang perlu dimuat naik.

Perkembangan terbaru ini juga, tambah beliau, adalah sesuatu yang patut dipuji kerana Malaysia pada masa ini turut memfokuskan kepada "Smart Tourism" atau Pelancongan Pintar yang melibatkan pendigitalan dan pembangunan produk pintar, inovatif dan futuristik serta perkhidmatan berkaitan.

#BilikBeritaCATS #catsfm

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini