WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

SEKALI LAFAZ, AIMAN HAKIM DAN ZAHIRAH MACWILSON SAH BERGELAR SUAMI ISTERI

Pasangan itu menamatkan zaman bujang mereka dalam satu majlis pernikahan secara tertutup di Petaling Jaya, malam ini


Back To Whats Hot

Nampaknya bukan Emma Maembong sahaja yang memilih tarikh 20 Februari 2020 untuk mendirikan rumah tangga.

Pasangan pelakon popular Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza juga memilih tarikh itu.

Menerusi muat naik video di laman Instagram hLive!, pasangan itu menamatkan zaman bujang mereka dalam satu majlis pernikahan secara tertutup di Petaling Jaya, malam ini.

Pasangan sama cantik sama padan ini juga dilihat memakai persalinan sedondon berona putih.

Pada Rabu, Zahirah telah memuat naik beberapa keping gambar majlis berinainya di laman sosial Instagram.

Malah, gambar majlis tersebut turut disertakan dengan tanda pagar gabungan nama mereka, #ZahirAH serta tarikh 20 Februari (#20220).

Ia sekali gus menjawab teka-teki mengenai tarikh pasangan itu menamatkan zaman bujang mereka.

Difahamkan, kisah percintaan mereka bermula sekitar Disember 2018 apabila Aiman dan Zahirah mula memuat naik foto mereka berdua di laman sosial masing-masing.

Pasangan itu kemudiannya mengikat cinta mereka menerusi ikatan pertunangan pada Jun tahun lalu di Australia, selepas mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak.

Malah, mereka berdua turut digandingkan bersama dalam slot Megadrama saluran Astro Ria menerusi drama bersiri berjudul Curi-Curi Cinta.

Sumber: AWANI