WHAT'S NEXT

ANTAP MUSIC

12.00am - 06.00am

MESEJ LUCAH BUAT BABY SHIMA

Baby Shima memuat naik tangkap layar mesej peribadi berunsur lucah yang dihantar seorang pengguna laman sosial di Instagram


Back To Whats Hot

Penyanyi, Baby Shima memuat naik tangkap layar mesej peribadi berunsur lucah yang dihantar seorang pengguna laman sosial di Instagram.

Shima ketika dihubungi berkata, tujuannya berbuat sedemikian agar dijadikan pengajaran buat semua yang gemar menulis sesuatu di media sosial tanpa berfikir, terutamanya yang berbaur lucah dan mengaibkan.

"Saya kongsikan mesej yang dihantar itu supaya menjadi pengajaran buat orang lain dan saya mahu mereka faham bahawa di negara kita terdapat undang-undang serta akta untuk kesalahan sebegitu," katanya kepada Harian Metro.

Shima berkata, lebih memalukan apabila mesej lucah yang diterima itu kebanyakannya daripada rakyat Malaysia.

"Saya sebagai rakyat Malaysia berasa kecewa dengan sikap segelintir orang kita yang suka menghantar mesej lucah.

"Saya berkarya di Indonesia dan setakat ini, mereka menghormati saya. Tidak pernah lagi saya terima mesej serupa daripada peminat di sana," katanya.

Menerusi status dimuatnaik Shima, penyanyi lagu Pura Pura Bujang itu turut menulis mengenai hukuman yang akan dikenakan sekiranya kesalahan itu disabitkan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

"Misalnya Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) antara lain menyatakan: (a) Tiada mana-mana orang yang menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan, boleh memberikan kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau menggangu mana-mana orang lain.

"(b) Seseorang yang melanggar peruntukan di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan," tulisnya yang disertakan dengan tag kepada akaun Instagram rasmi Polis Diraja Malaysia.

Status yang dikongsikan itu mendapat lebih 17,500 tanda suka dan mencecah 800 komen daripada warganet.

Sumber: Harian Metro