WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

FLOOR 88 CARI VOKALIS GANTIAN

Floor 88 yang popular dengan lagu Zalikha, Aqilah dan Hutang menerima tamparan hebat apabila penyanyinya, Ayie disahkan mengalami masalah pita suara


Back To Whats Hot

Kumpulan Floor 88 yang popular dengan lagu Zalikha, Aqilah dan Hutang menerima tamparan hebat apabila penyanyinya, Ayie disahkan mengalami masalah pita suara atau vokal koyak dan perlu berehat sekurang-kurangnya tiga minggu.

Pemain keyboard, Eric Fuzi berkata, mereka kini mencari penyanyi gantian supaya dapat memenuhi undangan persembahan dalam masa terdekat ini.

Katanya, penyanyi terbabit tidak akan diambil sebagai penyanyi utama, tetapi akan digandingkan bersama Ayie ketika mereka mengadakan persembahan.

Ia juga tidak akan mengecewakan penganjur dan peminat kerana Ayie tetap ada dalam setiap persembahan, cuma dia dibantu penyanyi kedua.

“Kami sudah disarankan doktor supaya mencari penyanyi ganti untuk sementara bagi digandingkan bersama Ayie.

“Ayie perlu direhatkan seketika sebagai penyanyi utama sehingga dia betul-betul pulih. Menurut doktor, jika penjagaan kesihatan vokal Ayie diurus dengan betul dan mengikut pantang ditetapkan, dia boleh sihat dan pulih dalam tempoh minimum tiga minggu,” katanya.

AYIE ketika mendapat rawatan masalah pita suara.

 

Sebagai penyanyi mereka, antara kriteria yang diperlukan Floor 88 ialah boleh menyanyi dengan baik, berperwatakan menarik, sopan-santun serta pandai mengambil hati.

Mereka juga perlu berusia 18 hingga 25 tahun dan terbuka untuk lelaki dan perempuan serta mesti tidak merokok, mengambil dadah serta minuman keras.

Menurut Eric, mana-mana individu yang berminat boleh menghantar rakaman nyanyian lagu Floor 88 di Instagram berserta dengan hashtag #2ndvokalisfloor88.

Sebarang pertanyaan, boleh menghantar mesej langsung (DM) ke Instagram Floor 88.

Pada 14 Januari lalu, Ayie tiba-tiba rebah ketika menyanyikan lagu Aqilah dalam Konsert Gempak NEGERI fm di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Ia berpunca kerana Ayie terlalu penat dan tidak cukup rehat. Dalam masa sama, Floor 88 turut menafikan ia adalah gimik untuk publisiti.

Sumber: Harian Metro