WHAT'S NEXT

ANTAP BREAKFAST BABA'S

06.00am - 10.00am

SURAT MAAF BUAT PEMINAT

ANNYEONGHASEYO! Rezeki tidak berpihak kepada sesetengah artis berkumpulan di Korea Selatan walaupun memiliki nama besar


Back To Whats Hot

ANNYEONGHASEYO! Rezeki tidak berpihak kepada sesetengah artis berkumpulan di Korea Selatan walaupun memiliki nama besar.

Kemungkinan untuk mereka dibubarkan boleh berlaku sekelip mata saja.

Demikian nasib kumpulan X1 yang disebut-sebut mampu mencipta legasi seiring kumpulan lain yang berjaya. Laluan mereka yang terhenti pada Isnin lalu memberi kesan besar termasuk buat seorang anggotanya, Cho Seung Youn.

Tentu sekali penyanyi baru itu menyimpan impian besar untuk pergi lebih jauh dalam kumpulan terbabit. Di sebalik kesedihan, Seung Youn turut menulis surat memohon maaf buat peminat.

“Anda semestinya sangat kecewa dan terkilan disebabkan tidak dapat melihat saya teruskan perjuangan seperti diharapkan. Namun, saya berjanji bekerja keras pada masa depan dan buktikan saya seorang yang bagus.

“Terima kasih kerana membantu kami dapat menikmati pengalaman indah walau sebentar saja. Kesungguhan anda untuk ketawa dan menangis bersama kami pada setiap masa,” katanya.

Seung Youn mengakui keputusan itu berat untuk diterima apatah lagi membabitkan periuk nasinya. Namun, dia bersyukur kerana sempat merasa berkongsi kasih sayang dengan anggota X1 lain sepanjang mereka bersama.

“Saya adalah anak tunggal dan akhirnya dapat merasa kasih sayang daripada abang dan adik dalam kumpulan yang saya sudah anggap seperti saudara sendiri. Banyak yang kami tempuhi bersama.

“Kami sudah buat yang sehabis baik untuk mempromosikan X1 dan itu semua disebabkan anda. Kami tidak pernah berhenti memikirkan mengenai anda dan banyak lagi kami mahu buktikan sebenarnya,” katanya.

Dia meminta peminat terus memberikan sokongan kepada mereka walaupun selepas ini laluan sudah berbeza.

“Mungkin kami cuma hanya akan dihubungkan dengan tali lutsinar selepas ini. Saya sendiri berjanji akan tebus kembali perjuangan dan menyentuh hati anda semua walau dalam apa cara sekalipun.

“Terima kasih kerana meluangkan masa dengan kami sepanjang tahun lalu yang penuh kenangan indah. Jaga diri dan saya akan cuba sedaya upaya untuk membalas kembali budi anda semua,” katanya.

X1 yang dibentuk menerusi program realiti Produce X 101 itu dibubarkan selepas lima bulan menjalankan promosi.

Menurut agensi yang mewakili setiap anggotanya, pembubaran itu terpaksa dibuat selepas mencapai kata sepakat untuk berbuat demikian.

Sumber: Harian Metro