WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

AIN EDRUCE KINI ISTERI ORANG

Ain, 27, selamat diijabkabul dengan lelaki pilihannya yang juga ahli perniagaan


Back To Whats Hot

"Saya akan tetap aktif dalam kerjaya seni walaupun sudah bergelar isteri orang. Suami pun faham dan menyokong minat saya," kata pelakon dan pengacara, Ain Edruce.

Ain, 27, selamat diijabkabul dengan lelaki pilihannya yang juga ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa, 26, jam 9.11 malam tadi.

Pada majlis pernikahan itu, Ain menerima mas kahwin RM888 manakala, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Ain dinikahkan bapanya, Ar Edruce Sabri dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Masjid Jamek, Kampung Baru, Azizi Ab Hamid.

“Kini, bermulalah fasa kehidupan saya sebagai isteri. Saya akan berusaha membina kasih sayang kami dalam rumah tangga ini sebaiknya.

“Saya sangat bersyukur majlis ini dapat diadakan dengan sempurna akhirnya. Terima kasih kepada keluarga yang banyak membantu. Kalau ikutkan saya, jadual kerja terlalu sibuk dan ia dianggap rezeki buat pengantin baru. Saya juga syukur suami tak menghalang,” katanya yang mengenali suami menerusi Instagram.

Ain berkata, dia seorang yang suka bekerja, lasak dan berdikari. Sikap memahami suami, Amirul Hafiz berjaya menambat hatinya.

Menurut Ain, selepas berkahwin dia tahu sudah tentu kini keutamannya pada suami.

Katanya, dia akan pastikan menjaga batas pergaulan.

Aik mengenali suaminya sejak setahun lalu dan mereka membuat keputusan bertunang pada 22 Jun lalu.

Sumber: Harian Metro