WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

R KELLY DITUDUH RASUAH KAHWINI AALIYAH PADA USIA 15 TAHUN

Aaliyah pada ketika itu hanya berusia 15 tahun, namun dibenarkan berkahwin dengan Kelly kerana kad pengenalan palsu


Back To Whats Hot

Nama R Kelly sekali lagi tercemar apabila dilemparkan dengan tuduhan baharu.

Pada Khamis, Kelly dituduh telah membayar rasuah untuk mendapatkan kad pengenalan palsu buat penyanyi 90-an terkenal, Aaliyah.

Pendakwa raya di Brooklyn mengemukakan tuduhan bahawa Kelly membayar rasuah kepada seorang pegawai kerajaan di Illinois untuk menghasilkan “satu dokumen pengenalan diri palsu untuk Jane Doe #1” pada 30 Ogos 1994.

Sumber kepada akhbar NY Times mengesahkan bahawa Jane Doe #1 merupakan Aaliyah, yang maut dalam nahas kapal terbang pada 2001.

Aaliyah pada ketika itu hanya berusia 15 tahun, namun dibenarkan berkahwin dengan Kelly kerana kad pengenalan palsu itu dipercayai digunakan untuk mendapat lesen perkahwinan, menurut sumber kepada akhbar NY Times.

Lesen perkahwinan itu menyatakan bahawa Aaliyah berusia 18 tahun, iaitu had umur minimum untuk melangsungkan perkahwinan tanpa persetujuan ibu bapa di Illinois.

Aaliyah, atau nama penuhnya Aaliyah Dana Haughton, bertemu dengan Kelly ketika bekerjasama dalam menghasilkan album debutnya, Age Ain’t Nothing But A Number.

Dalam satu temubual bersama agensi berita ABC, Steven Greenberg selaku peguam Kelly mendakwa bahawa kliennya tidak tahu Aaliyah berusia 15 tahun ketika mereka berkahwin.

Penyanyi yang terkenal untuk lagu I Believe I Can Fly itu turut berdepan dengan 17 tuduhan lain, termasuk kesalahan mengeksploitasi gadis bawah umur secara seksual, menculik, dan memeras ugut.

Sumber: AWANI