• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

IZARA TAK LAGI HIRAU POPULARITI

Izara tidak lagi memikirkan soal populariti, sebaliknya mahu bertahan atas kekuatan bakat


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Hampir sedekad mencipta nama sebagai anak seni, Izara Aishah mengakui, populariti bukan lagi keutamaan, sebaliknya dia meneruskan minat dengan niat untuk berkongsi bakat yang ada.

Isteri kepada Muhammad Adib Khalid itu berkata, sejak awal kehadirannya dalam bidang seni, dia bertekad mempertaruhkan bakat, namun akur, populariti juga perlu dalam meneruskan survival.

“Dari mula berlakon, saya ajar diri supaya tidak terlalu mengejar glamor. Saya berlakon kerana minat, malah kecintaan terhadap seni juga mendorong saya menyambung pelajaran dalam bidang Seni Persembahan.

“Ketika mula menjadi artis, saya tidak tahu apa yang perlu dibuat, malah janggal memenuhi sesi fotografi untuk mempromosikan diri dan produksi yang saya jayakan. Lama-kelamaan, baru saya faham dan belajar membiasakan diri dengan tuntutan bidang ini.

“Namun, semua itu tidak pernah mengubah pendirian saya yang bekerja atas dasar minat. Saya juga selesa menjaga privasi dan tidak mahu terlalu berkongsi perkara peribadi sehingga ada yang menegur supaya bersikap lebih terbuka,” katanya.

Sepanjang berlakon, bakat Izara pernah diiktiraf menerusi trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Tribute P Ramlee 2015 dan Pelakon Wanita Filem Terbaik, Anugerah Telenovela 2018.

“Pasti saya mahu terus menjadi pelakon yang terbaik. Teringin juga menjulang pengiktirafan lain sebagai pengesahan bakat saya.

“Namun, perkara itu bukan keutamaan kerana saya puas apabila kehadiran disedari dan bakat dihargai. Itu juga bagi saya, adalah pencapaian,” katanya yang bakal muncul dengan drama Ombak Rindu The Series bermula 5 Disember ini di saluran Iflix bergandingan dengan Remy Ishak.

Sumber: Berita Harian