• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

BEKAS GITARIS UKAYS SAH TERBUNUH

Bekas gitaris kumpulan rock Ukays, Akel Zainal yang menyertai militan Daish di Syria disahkan terbunuh awal tahun ini


Back To Whats Hot

Bekas gitaris kumpulan rock Ukays, Akel Zainal yang menyertai militan Daish di Syria disahkan terbunuh awal tahun ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, berdasarkan maklumat diterima pihak polis, Wan Mohd Aquil Wan Zainal Abidin, 39, dan seorang lagi militan Daish, Mohd Rafi Udin, 53, maut dalam serangan udara Rusia di Syria pada Januari dan Mac lalu.

Menurutnya, turut terbunuh adalah isteri dan anak Akel berusia dua serta tiga tahun bersama seorang lagi militan Daish warga Belgium.

"Kita menerima maklumat bahawa Akel terbunuh apabila rumahnya di Baghouz terkena serangan bom dari udara pada Mac lalu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mereka yang terbunuh itu adalah empat rakyat Malaysia bergelar pemimpin kanan kumpulan militan Daish.

Mohd Rafi juga adalah bekas pengikut kanan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM).

Selain itu, dua lagi individu yang hanya dikenali sebagai Abu Gomez dan Abu Zar mempunyai peranan penting menyebarkan propaganda dan meneruskan usaha pengkaderan di Asia Tenggara.

Sumber: Harian Metro