WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

BELANJAWAN SARAWAK 2020 SEDIAKAN RM9.8 BILION

Abang Johari menunjukkan dokumen Belanjawan Negeri 2020 di pekarangan Kompleks DUN hari ini


Back To Whats Hot

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan peruntukan RM9.891 bilion bagi Belanjawan Negeri 2020.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata daripada jumlah itu RM6.597 bilion untuk perbelanjaan pembangunan dan RM3.294 bilion bagi perbelanjaan operasi.

Belanjawan itu bertemakan 'mempercepatkan pembangunan untuk kesejahteraan semua rakyat Sarawak'.

"Belanjawan 2020 terus menekankan enam strategik utama untuk merangsangkan lagi pertumbuhan ekonomi ke arah pembangunan insklusif, mampan dan saksama bagi semua lapisan masyarakat," katanya ketika membentangkannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Belanjawan Sarawak 2019 memperuntukkan RM11.91 bilion.

Abang Johari menambah, seiring dengan inisiatif-inisiatif kerajaan negeri untuk mentransformasikan kawasan luar bandar dan memastikan tidak ada rakyat negeri ini ketinggalan dalam usaha murni itu, Belanjawan Pembangunan 2020 akan terus memberatkan pembangunan luar bandar.

Beliau berkata bagi tujuan itu, RM4.141 bilion atau 63 peratus daripada perbelanjaan pembangunan diperuntukkan untuk membangunkan kawasan luar bandar negeri ini.

oleh Patricia Gari
Sumber: Utusan Borneo