WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

BELANJAWAN SARAWAK 2020: RM30 JUTA UNTUK BANTU GRADUAN ALAMI KESUKARAN BAYAR BALIK PTPTN

Kerajaan negeri memperuntukkan RM30 juta pada tahun hadapan untuk membantu anak Sarawak yang menghadapi kesukaran membayar balik pinjaman


Back To Whats Hot

KUCHING: Kerajaan negeri memperuntukkan RM30 juta pada tahun hadapan untuk membantu anak Sarawak yang menghadapi kesukaran membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Berita gembira itu diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika pembentangan Belanjawan Negeri 2020 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 hari ini.

"Perkara ini menjadi perhatian saya bahawa segelintir graduan anak Sarawak mengalami kesukaran untuk membayar balik pinjaman PTPTN atas sebab tertentu.

"Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita amat memahami keadaan graduan kita dan akan berusaha mencari mekanisma terbaik untuk membantu mereka," katanya.

Justeru, Abang Johari berkata, untuk tujuan itu, kerajaan Sarawak memperuntukkan RM30 juta bagi tahun hadapan.

oleh Rusnan Mustafa
Sumber: Utusan Borneo