WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

BA MINTA MAAF, SAYANG - SHARNAAZ AHMAD

Netizen mendoakan agar Sharnaaz dan Noor Nabila berbaik semula dan rumah tangga mereka kembali pulih


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Pelakon Sharnaaz Ahmad yang rumah tangganya sedang diuji ketika ini, menyentuh perasaan kebanyakan netizen apabila memuat naik klip video bersama anak tunggalnya, Jebat Jayden.

Melalui satu status terbaharu di Instagramnya, Sharnaaz yang membahasakan dirinya 'Ba' memohon maaf kepada anaknya yang berusia satu tahun itu, dan menyatakan perasaan sayangnya.

"Ba minta maaf sayang @jebatjayden .. Ba sayang kamu dengan nyawa Ba.. besar nanti kamu faham ya," katanya ringkas di laman Instagram.

Kata-kata Sharnaaz itu turut mendapat reaksi netizen yang turut mendoakan agar pasangan itu kembali berbaik dan rumah tangga yang dibina pulih semula.

Sharnaaz pada Rabu, menolak permohonan cerai yang difailkan isterinya, Noor Nabila Mohd Noor, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Noor Nabila ketika ditemui tidak bersedia memberikan kenyataan sebelum menangis di hadapan pengamal media.

Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017.

Sumber: AWANI