WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

'TAK PAYAH KACAK PUN OKAY' - ALTIMET

Altimet, 41, berkata, dia berharap apa yang ditulis itu dapat membantu memberi semangat kepada golongan muda dan remaja


Back To Whats Hot

“Saya bukannya mahu menyindir sesiapa, sebaliknya mahu membantu mereka yang berasa sedih kerana kekurangan diri.

“Saya sendiri pernah melaluinya dulu. Bukan saja berasa rendah diri kerana wajah tidak kacak, saya juga seorang yang pemalu sebelum bergelar anak seni,” kata penyanyi rap popular Altimet mengenai status yang dimuat naik di Instagram membabitkan seseorang yang tidak diendahkan kerana tidak berwajah cantik atau kacak.

Altimet, 41, berkata, dia berharap apa yang ditulis itu dapat membantu memberi semangat kepada golongan muda dan remaja yang memiliki kekurangan dari segi fizikal.

“Ramai golongan remaja berusia 18 hingga 20 tahun meluahkan mereka diejek rakan kerana pendek, gemuk dan tidak berwajah cantik atau kacak.

“Rakan-rakan hanya bercakap mengenai kekurangan diri mereka dan bukannya kelebihan yang mereka miliki,” katanya.

Penyanyi yang dikenali dengan lagu Bunga itu mengakui, dia hanya menyedari hikmah kekurangan dirinya apabila meningkat dewasa.

View this post on Instagram

Kulit aku perisai aku. Kulit aku byk lindungi aku dari benda2 negatif. • Dari orang yang menilai orang lain hanya dari segi luaran sahaja. Tak ramai orang mcm ni dalam hidup aku. Alhamdulillah. • Kulit aku lindungkan aku dari wanita wanita yang boleh melalaikan aku. Dengan itu membuka jalan untuk yang nampak lebih dalam dan mendapat jalan masuk kedalam hati aku. • Kulit aku pernah membuat saingan2 aku memandang rendah kat aku, jadi mereka tak endahkan aku, sekaligus memberi aku ruang untuk menjadi lebih kuat & handal untuk mengatasi mereka. You know who you are. • Kulit aku membuat orang memberi nasihat kat aku supaya jangan bergantung pada rupa utk berjaya dalam bidang ni. Oleh itu aku menggantung harga diri aku pada kualiti karya aku. Ye, aku tak tampan, tapi pena aku menari atas kertas dgn lenggok yang lawa, yang tajam bila perlu, yang lembut bila kena masanya, yang lain daripada yang lain. • Kulit aku ni Allah bagi kat aku jadi aku boleh jadi aku. Dia bagi aku Kulit yang tebal, jadi tembaklah kuat mana, InsyaAllah tak lut. • Kalau awak ada Kulit mcm ni, atau rasa kecewa sebab orang lain lagi cantik, lawa, hensem dari awak, jangan risau. Ada hiahmya. Lagipun, Kulit yang mulus/cantik tak kekal selamanya. #CakapTerang #Kulit

A post shared by Altimet (@altimet) on

 

“Saya sangat meminati muzik dan dengan mendengar lagu saya dapat menjauhkan diri dari mendekati dadah dan alkohol ketika remaja.

“Dulu saya seorang yang pemalu, tetapi apabila menceburi bidang seni dan menjadi artis, saya dapat mengatasi perasaan malu itu dan dapat bergaul dengan semua lapisan masyarakat,” katanya.

Pada masa sama, kata Altimet, dia juga banyak belajar daripada pelawak Abam ketika menyertai program komedi sebelum ini.

“Abam beritahu saya, kita boleh mengejek atau mengata dia apa saja kerana ia dalam konteks komedi. Menerusi program lawak juga Abam dapat menyara hidupnya dan keluarga,” katanya.

Perkongsian Altimet itu turut mendapat maklum balas positif daripada pengikutnya di Instagram.

Sumber: Harian Metro