WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

RADHI-AYU SAH CERAI TALAK SATU

Radhi, atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali sah bercerai talak satu dengan isterinya Nur Shahira Ayu Zahiri


Back To Whats Hot

Vokalis kumpulan OAG, Radhi, atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali sah bercerai talak satu dengan isterinya Nur Shahira Ayu Zahiri di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari Petaling Jaya di sini hari ini.

Hakim Syarie Husaini Roslin memutuskan jatuh talak satu terhadap Nur Shahira Ayu, ketika Radhi, 41, melafazkan talak di rumah mereka kira-kira jam 4.20 pagi pada 25 Mac lalu.

Nur Shahira Ayu selaku plaintif memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai pada 2 Jun lalu mengikut Seksyen b57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Husaini mensabitkan, lafaz cerai yang dibuat Radhi (defendan) di luar dan tanpa kebenaran mahkamah adalah sah dan memenuhi lima syarat yang perlu dipenuhi.

"Mahkamah dengan ini meluluskan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat tanpa kebenaran mahkamah pada 25 Mac 2019 jam 4.20 pagi adalah sah, dan jatuh talak satu kali pertama,"katanya.

Pasangan itu berkahwin pada 14 April 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Aisyah, 4, dan Muhammad, 3.

Sebelum perkahwinan bersama Nur Shaira Ayu, Radhi pernah mendirikan rumah tangga bersama Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 dan bercerai pada 8 Jun 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rifdi Muslim, 14 tahun.

Sumber: Sinar Harian