WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 02.00pm

LAGU 'HAZY SHADE OF WINTER' UBAT RINDU PEMINAT MY CHEMICAL ROMANCE

Semua anggota My Chemical Romance kini sibuk dengan komitmen masing-masing dan hampir sukar untuk membuat comeback


Back To Whats Hot

Lagu Hazy Shade Of Winter yang menjadi runut bunyi siri Umbrella Academy dikatakan lagu yang boleh mengubat kerinduan peminat terhadap kumpulan My Chemical Romance (MCR).

Lagu tersebut dinyanyikan oleh vokalis MCR, Gerard Way dengan sentuhan gitar oleh Ray Toro yang juga salah seorang anggota kumpulan tersebut.

Umbrella Academy merupakan adaptasi daripada siri komik dengan tajuk sama hasil karya Gerard dan Gabriel Ba yang diterbitkan oleh Dark Horse Comics.

Sehingga kini, peluang untuk peminat MCR melihat kumpulan ini membuat comeback hampir sukar untuk menjadi kenyataan kerana kesemua anggota kumpulan itu mempunyai komitmen lain.

Gerard kini lebih memberi tumpuan kepada penghasilan komik. Selain Umbrella Academy, Gerard juga sibuk dengan rangka promosi dan penghasilan komik Doom Patrol.

Malah seorang lagi gitaris MCR, Frank lero menafikan mereka akan membuat kemunculan semula, namun tidak menolak untuk bersama dalam sesi barbeku setahun sekali.

Lero kini sibuk dengan tour kumpulan baharunya, Frank lero & The Future Violents.

Sebelum ini, salah seorang anggota kumpulan Jonas Brother, Joe Jonas dilaporkan berkata dalam satu temu bual di KISS FM Breakfast Show bahawa anggota MCR kini berlatih di sebuah studio.

 

 

Sumber: AWANI