WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

IBU PEJABAT FACEBOOK DIKOSONGKAN GARA-GARA SARIN

Anggota Hazmat dikerah ke ibu pejabat Facebook selepas bungkusan yang diterima didapati postif sarin


Back To Whats Hot

SAN FRANCISCO: Empat bangunan di ibu pejabat Facebook Incorporated di Lembah Silikon, San Francisco terpaksa dikosongkan susulan risiko pendedahan kepada agen saraf sarin.

Dua orang dilaporkan terima rawatan kerana kemungkinan terdedah kepada sarin.

Langkah mengosongkan bangunan dibuat selepas ujian ke atas bungkusan yang dihantar kepada pejabat itu didapati positif sarin.

Pihak berkuasa belum mengesahkan jenis bahan kimia yang ditemui.

Ketika ini agen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) bersama anggota Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dikerah ke tempat kejadian.

Menurut Ketua Bomba Menlo Park, Jon Johnston, kedua-dua mangsa yang memegang bungkusan tersebut yang diterima pada pukul 11 pagi itu tidak menunjukkan tanda-tanda terdedah kepada sarin.

“Pejabat Facebook ini akan membuat saringan awal terhadap kesemua bungkusan yang diterima dan bungkusan tersebut didapati positif.

“Susulan itu mereka menggerakan langkah pencegahan mengikut protokol tersedia ada. Sekarang ini kita sedang menunggu pengesahan jika bungkusan itu sah mengandungi agen saraf sarin atau tidak,” katanya.

Jurucakapa Facebook, Anthony Harrison memaklumkan, syarikat tersebut telah mengosongkan empat bangunan dan akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak polis.

“Pihak berkuasa belum lagi mengenal pasti bahan yang ditemui itu. Ketika ini tiga bangunan telah diisytihar sebagai selamat,” kata Harrison memetik laporan Reuters.

Sarin merupakan bahan toksik yang boleh mengganggu sistem saraf, dan digunakan secara meluas sebagai senjata kimia.

Terdedah kepada sarin boleh menyebabkan kematian.

Sumber: AWANI