WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

“TERIMA KASIH SAHABAT KUNJUNGI KETIKA AKU DIKURUNG” - VANEESA ANGEL

Vaneesa Angel yang dipenjara lima bulan selepas didapati bersalah terlibat dengan aktiviti pelacuran dalam talian


Back To Whats Hot

Artis Indonesia Vaneesa Angel yang dipenjara lima bulan selepas didapati bersalah terlibat dengan aktiviti pelacuran dalam talian dibebaskan pada Ahad.

Vaneesa, 27, menerusi Instagram miliknya mengucapkan terima kasih kepada individu di sekelilingnya yang banyak memberi sokongan.

"Terima kasih kepada semua sahabat-sahabatku yang mengunjungiku selama aku dikurung, dirampas kebebasanku selama lima bulan kerana kes yang menjeratku.

"Melebihi apa pun aku bersyukur masih ada kamu semua yang mahu membantu aku untuk lebih tabah dan jadi lebih baik," ujarnya.

 

 

Pelakon tersebut memuat naik posting pertama selepas beberapa jam dibebaskan pada Ahad.

Pada 27 Jun lalu, sebuah mahkamah di Surabaya menjatuhkan hukuman penjara lima bulan terhadap aktres tersebut selepas didapati bersalah terbabit dalam pelacuran.

Bagaimanapun, menurut agensi berita Antara, Vanessa, 27, dibebaskan pada hujung bulan Jun iaitu Ahad kerana hukuman penjara itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 31 Januari lalu.

Vanessa ditangkap polis bersama seorang bapa ayam ketika menunggu pelanggan di sebuah hotel di sini pada 5 Januari lalu.

Aktres itu bersama seorang lagi tertuduh dilaporkan terbabit aktiviti pelacuran dalam talian dengan bayaran hingga mencecah Rp80 juta (RM24,000).

Sumber: mStar