• LISTEN NOW ON AIR

    CATS 30

    10.00am - 01.00pm

WHAT'S NEXT

LAGU TEBILANG CATS

01.00pm - 03.00pm

ALIFF SYUKRI BELI KONDO MEWAH RM6 JUTA DENGAN DUIT KWSP

Aliff memberitahu bukan niatnya untuk menunjuk tetapi untuk berkongsikan bahawa hasratnya untuk memiliki rumah di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur


Back To Whats Hot

Setiap kejayaan tidak akan datang bergolek, perlulah bekerja keras dan berusaha lebih dari orang lain jika ingin mencapai sesuatu.

Sebut saja nama Datuk Seri Aliff Syukri, beliau sememangnya menjadi idola ramai terutama anak muda. Mana tidaknya, di usia muda beliau berjaya membina sebuah mahligai mewah.

Nampaknya, baru-baru ini Aliff sekali lagi berkongsikan beliau baru saja membeli sebuah kondo mewah bernilai RM6 juta di menara pusat beli-belah mewah, Pavilion, Kuala Lumpur.

Menerusi satu entri di Instagram itu, Aliff memberitahu bukan niatnya untuk menunjuk tetapi untuk berkongsikan bahawa hasratnya untuk memiliki rumah di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur sudah pun tercapai.

 

View this post on Instagram

lawa x rumah abag ni.. bebetul atas pavilion ..mudah abg nak shopping??? impian dan harapan.. dan berdiri dari hasil sendiri.. . haa impian dan jga harapan abg waktu baru nak up niaga... kdg kala ada org kata abag suka menunjuk tetapi sbnrnya ramai org tk thu ini adalah impian abag mmpunyai antara rumah partmen paling mahal di malaysia ni.. di tgh2 kota kuala lmpur yg ... ..abag ni asal kmpg felda kecau 1 dan teringin nak ada umah di tgh bndar... kdg rasa mcm tak logik rmah yg berkeluasan 3ribu Sft.. ini harganya hampir 6juta tetapi ini adalah nilai yg perlu dibayar... . . . dulu abag.. tanamkan azam klau ada duit yg lebih abag nakk ada rumah persinggahan abag sndiri.. weeknd house... syukur alhamdulillah ada dherb dan @as.legacymalaysia .. abag dpt mmbeli rumah ini hnya hasil duit KWSP abag..iyee duit kwsp abag.. lebih kurang 5 tahun abag niaga hasil dripada mnyimpan kwsp abag mndpt mempunyai rumah di sini... ini adalah salah satu impian abag.. apa impian awak?????

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

 

Lebih menjadi perhatian netizen, Aliff memberitahu membeli rumah tersebut dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) miliknya, sekaligus menarik perhatian netizen.

“Dulu abang tanamkan azam kalau ada duit yang lebih abang nak ada rumah persinggahan abang sendiri, weekend house.

“Abang dapat membeli rumah ini hanya hasil duit KWSP abang..iyee duit KWSP abang. Lebih kurang 5 tahun abang niaga hasil daripada menyimpan KWSP abang dapat mempunyai rumah di sini… ini adalah salah satu impian abang,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen memberikan komen positif kepada usahawan tersebut yang menyifatkan perkongsian tersebut dapat membakar lagi semangat untuk mereka juga berjaya seperti Aliff Syukri.

Sumber: ROTIKAYA