WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

ALIFF AZIZ GUNA INAI CACAH TATU DI BADAN - BELLA ASTILLAH

Bella menjelaskan, Aliff menggunakan inai untuk mencacah tatu di badan


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Bella Astillah menjelaskan, bekas suaminya yang juga penyanyi, Aliff Aziz menggunakan inai untuk mencacah tatu di badan seperti yang tular di media sosial. 

Malah, gambar tatu yang tertulis nama Bella itu adalah foto lama yang diambil pada tahun 2016.

Bagaimanapun, Bella mengakui bekas suaminya itu berada dalam tekanan dan memerlukan sokongan semua pihak.

"Jangan kita meremehkan hal yang berkenaan dengan depression. Saya selalu beritahu Aliff he can always call atau video call Ayden. Anytime. Saya tak berdendam dengan dia, saya dah maafkan dia 100%. Siapalah saya nak menghukum dia. Aliff seorang yang sangat bijak, berilmu tinggi cuma iman dia kurang. Kepada siapa pun yang berkawan dengan Aliff sekarang, lindungi dan bantulah dia bukan sebaliknya.

"Soal tattoo, boleh check ig @leahenna_artist sebab kak Lea yang buat nama Bella tu menggunakan Inai when I was in China tahun 2016 rasanya lama sangat dah," katanya di status terbaharu yang dimuat naik di laman Instagram.

Katanya, walau apa pun yang berlaku, Aliff tetap ayah kepada anaknya, Ayden.

"Walau apapun he is still the father of my son. Dan sebenarnya sebelum bella berangkat ke Melbourne, Bella bawa Ayden berjumpa dengan dia di Singapore untuk spend time dengan Daddy dia. Apa yang terjadi sekarang sangat mengejutkan saya dan keluarga. Saya tak dapat menahan sedih dan menghubungi dia pagi tadi and he said dia dianiaya oleh orang yang baru shj dia kenal yang terdapat dalam video tersebut hanya untuk mengenakan dia," ujarnya.

Sumber: AWANI