WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

TIKET KONSERT TERAKHIR BOYZONE LARIS

Boyzone bakal beraksi di pentas Stadium Malawati, Shah Alam pada 14 Jun ini dalam konsert terakhirnya buat peminat-peminat Malaysia


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR - Lebih 5 ribu penonton dijangka membanjiri Stadium Malawati, Shah Alam pada 14 Jun ini bagi menyaksikan kumpulan kesayangan mereka, Boyzone, beraksi di pentas buat kali terakhir.

Menurut perkembangan terkini, jualan tiket bagi konsert Thank You & Goodnight Farewell Tour 2019 yang bakal berlangsung pada pukul 8.30 malam itu mendapat sambutan hangat.

Penganjur konsert, Wowstar Creative Entertainment juga mengesahkan lebih 80 peratus tiket telah habis dijual pada harga bermula daripada RM198, RM438, RM588 dan RM688.

Kumpulan terkenal dari Ireland yang dianggotai Ronan Keating, Shane Lynch, Keith Duffy dan Mikey Graham dijangka akan memukau peminat dengan adunan lagu popular sepanjang karier nyanyian mereka selama lebih 20 tahun dalam industri.

“Kuala Lumpur adalah antara bandar paling penting bagi rancangan strategik Wowstar di Asia.

“Ia satu penghormatan bagi kami kerana berjaya membawa lagenda kumpulan pop dari Ireland ini kembali ke Kuala Lumpur untuk mempersembahkan konsert terakhirnya kepada peminat-peminat Malaysia pada Jun ini,” kata Gloria Wei, Ketua Pegawai Eksekutif Wowstar Creative Entertainment tentang pemilihan Kuala Lumpur sebagai antara lokasi konsert jelajah terakhir Boyzone.

Sumber: Kosmo! ONLINE