• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

FARA HEZEL TAK SUKA MEMBAZIR

Penyanyi Fara Hazel, 23, tidak melihat status selebriti sebagai lesen untuk berbelanja mewah ketika hari raya


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Penyanyi Fara Hazel, 23, tidak melihat status selebriti sebagai lesen untuk berbelanja mewah ketika hari raya, sebaliknya dia lebih selesa mendahulukan keluarga.

Kakak kepada Aiman Tino itu berkata, tanggungjawab menyediakan keperluan ibu bapa dan adik menjadi keutamaannya, berbanding berbelanja mengikut nafsu untuk kepuasan diri.

“Lumrah perempuan pasti sukakan serba-serbi cantik dan baharu, tambahan pula jika mahu digayakan pada pagi raya. Tetapi jika difikirkan balik, buat apa membazir jika banyak lagi baju atau kasut yang masih baharu.

“Bagi saya, cukup sekadar sepasang dua baju kurung. Sebenarnya, sebelum menyertai bidang seni lagi, saya sudah didik diri supaya tidak membazir semata-mata untuk menyambut Aidilfitri.

“Lagipun, saya datang daripada keluarga besar, jadi sejak kecil lagi kami sudah diajar supaya berbelanja dengan berhemah,” kata anak ketiga daripada 10 bersaudara itu.

Katanya, hari raya paling bermakna apabila dapat berkumpul dengan seluruh keluarga besar di Perling, Kuala Kubu Bharu.

Begitupun, sedikit sebanyak tetap terbit perasaan pilu memandangkan ini tahun kedua mereka tidak beraya dengan nenek tercinta yang meninggal dunia pada 2017.

“Kami tinggal berhampiran rumah nenek dan kebiasaannya, kami berkumpul beramai-ramai dengan sepupu dan saudara-mara.

“Syawal lebih meriah kerana itu lokasi tumpuan. Sehari sebelum itu, semua anak cucu menyediakan pelbagai juadah untuk dinikmati tetamu.

“Suasana bagaimanapun, berbeza selepas nenek tiada. Memang kami masih berhimpun, tetapi perasaan itu tidak sama lagi seperti ketika nenek ada” kata bekas peserta Big Stage itu lagi.

Sumber: Berita Harian