WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

UTAMAKAN MASA BERSAMA, BRAD PITT TIDAK MAHU TERLALU MEWAHKAN ANAK-ANAK

Brad Pitt tidak mahu terlalu memberi kemewahan kepada anak-anaknya tetapi mengutamakan masa untuk diluang bersama


Back To Whats Hot

 

Pelakon Hollywood terkenal, Brad Pitt tidak mahu terlalu memberi kemewahan kepada anak-anaknya tetapi mengutamakan masa untuk diluang bersama.

Memetik laporan HollywoodLife.Com, walaupun Brad tidak mahu anaknya membesar dalam kemewahan secara berlebihan, namun dia tetap akan memberi hadiah di hari istimewa mereka.

Baru-baru ini, anaknya Shiloh Jolie Pitt telah menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-13 dan bakal menyambutnya bersama Brad setelah meraikan hari istimewa bersama ibunya, Angelina Jolie beberapa hari lalu.

"Walaupun Brad tidak mahu memberi kemewahan secara berlebihan kepada anak-anaknya, namun dia tetap akan memberi hadiah istimewa kepada Shiloh mengikut minat anaknya itu.

"Mengenali Shiloh, dia sangat sukakan aktiviti skateboard dan sentiasa menyukai  barangan berkaitan permainan itu.

"Namun begitu, Shiloh sendiri bukanlah seorang anak yang suka meminta-minta, dia amat sukakan kesederhanaan," kata sumber.

Pasangan Angelina Jolie dan Brad Pitt telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 selepas 10 tahun bersama dan bercerai pada September 2016.

Mereka mempunyai enam orang anak termasuk anak angkat iaitu Maddox, Zahara, Pax, Shiloh, Vivienne, dan Knox.

Sumber : AWANI