WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

STEVEN SEAGAL DI KUCHING UNTUK ANUGERAH AIFFA

Majlis Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) kini menjadi lebih meriah apabila disahkan aktor popular Hollywood, Steven Seagal


Back To Whats Hot

Penganjuran Majlis Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) kini menjadi lebih meriah apabila disahkan aktor popular Hollywood, Steven Seagal akan hadir sebagai tetamu khas, ke majlis yang yang akan berlangsung di Kuching dari 25 hingga 27 April ini.

Seagal terkenal dengan filem aksi seni mempertahankan diri seperti ‘Above The Law’ sejak tahun 80-an dan selain berlakon, beliau juga seorang produser, penulis skrip dan pemuzik.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dalam satu sidang media berkata, kerajaan negeri amat berbesar hati menjadi tuan rumah kepada Anugerah AIFFA dan bersedia menerima penyertaan-penyertaan dari keseluruhan 10 negara Asean.

“Ini menunjukkan yang AIFFA menerima sokongan dari seluruh negara rantau Asean,” katanya.

Anugerah AIFFA merupakan acara dwi-tahunan untuk kesemua pembuat filem dari 10 negara anggota Asean dan telah mula dianjurkan sejak tahun 2013.

Acara yang kini masuk ke edisi yang ke-4, menawarkan 17 kategori anugerah meliputi kesemua aspek utama dalam teknikal dan kreativiti pembikinan filem.

Sumber: BERNAMA